pahangdaily pahangdaily Author
Title: Amanah Yakin Menang Kerusi Jika Mendapat Tempat Pada PRU14 Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Parti Amanah Negara (Amanah) yakin meraih kemenangan dan mendapat tempat (kerusi) di negeri ini pada PRU14, sekiranya diberi p...

KUANTAN: Parti Amanah Negara (Amanah) yakin meraih kemenangan dan mendapat tempat (kerusi) di negeri ini pada PRU14, sekiranya diberi peluang oleh rakyat yang kini dilihat semakin menerima kehadiran parti tersebut.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, rakyat sudah mula memahami kehadiran Amanah di kawasan mereka.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah sudah memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendaftaran selama setahun dan kini sudah tiba masa untuk menarik perhatian orang ramai tentang parti ini.

“Ketika berkunjung ke beberapa kampung di negeri ini, saya lihat dan tidak sangka Amanah semakin mendapat tempat di hati rakyat dan kita yakin dengan maklum balas diperoleh, kita mampu membuat kemenangan awal di Pahang pada PRU nanti.

“Justeru, sekiranya Amanah terus giat dan gigih melakukan penerangan melalui gerak kerja jentera saya percaya Amanah mempunyai masa depan yang cerah di sini.

“Keyakinan ini lebih bermakna lagi apabila kita dapat bergabung dalam Pakatan Harapan, sekurang-kuranya satu atau dua tempat kita mampu tawan sebagai permulaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Jamuan Makan Malam Sambutan Setahun Amanah peringkat negeri Pahang, di sini baru-baru ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top