pahangdaily pahangdaily Author
Title: Andansura: "Moratorium Bauksit", Masih Ada Rungutan Aktiviti Tetap Berjalan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Masih kedengaran rungutan penduduk walaupun hampir setahun tempoh moratorium terhadap aktiviti bauksit dikuatkuasakan, berikut...

KUANTAN: Masih kedengaran rungutan penduduk walaupun hampir setahun tempoh moratorium terhadap aktiviti bauksit dikuatkuasakan, berikutan beberapa masalah berkaitan aktiviti itu.

Rungutan daripada penduduk itu mendapat perhatian Adun Beserah, Andansura Rabu (foto) yang turun meninjau rungutan penduduk di Kampung Kubang Karah dan Kampung Jeram, di sini, kelmarin.

Andansura berkata, rungutan penduduk itu berasas kerana beberapa isu lama yang sepatutnya diselesaikan dalam tempoh moratorium masih gagal diselesaikan.

"Saya dapati masih ada timbunan bauksit dibiarkan di tapak simpanan dan penduduk bimbang ia boleh menjadi punca pencemaran kerana musim hujan dijangka berlaku penghujung tahun ini.

"Pada masa sama, masalah jalan di kawasan kampung berkenaan yang rosak akibat aktiviti bauksit sebelum ini belum dibaiki, sedangkan ada penduduk mendakwa pihak kontraktor membayar deposit untuk baiki," katanya.

Beliau mempersoalkan kegagalan membaiki jalan kampung di situ sedangkan masalah berkenaan sudah lama berlaku dan berlarutan.

"Terdapat 'washing bay' dipasang di tengah jalan yang menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai. Kita percaya aktiviti memunggah bauksit di kawasan itu akan bermula dan tempat cucian itu mungkin bagi tujuan membersihkan lori.

"Ia (washing bay) tidak sepatutnya dipasang di tengah-tengah laluan orang ramai dan kita mahu kepastian daripada pihak yang meluluskan pemasangan tempat cucian itu serta kenapa dipasang di situ," katanya.

Beliau mendesak pihak berkuasa terlibat untuk turun padang serta melihat sendiri kerosakan jalan di kawasan berkenaan dan segera menyelesaikannya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top