pahangdaily pahangdaily Author
Title: Anggota Tentera Maut Semasa Bantu Mangsa Kemalangan Di Karak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Niat seorang anggota tentera untuk membantu mangsa kemalangan di Kilometer 44 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur bertukar tragedi ...

KUANTAN: Niat seorang anggota tentera untuk membantu mangsa kemalangan di Kilometer 44 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur bertukar tragedi apabila beliau maut dirempuh sebuah kenderaan lain yang terbabas pada 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mangsa Khairul Anuar Zakariya, 33, anggota tentera darat di Kem Mempaga, Bentong di sini yang menaiki kenderaan tentera bersama rakannya Syvester Fredrick Timen, 31, melihat sebuah kereta jenis Proton Exora terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Mereka kemudiannya keluar untuk menghulurkan bantuan bersama-sama seorang lagi pemandu kereta Nissan Sunny yang dikenali sebagai M. Raman, 37, namun secara tiba-tiba dirempuh sebuah lagi Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga yang turut terbabas.

“Mangsa dirempuh semasa sedang membantu memindahkan barang daripada kereta Proton Exora yang terbalik di dalam longkang ke kenderaan tentera yang dinaiki mereka.
Secara tiba-tiba sebuah lagi Proton Exora terbabas dan melanggar mereka. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya patah tangan kanan dan Raman pula patah kaki,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Mohamad Mansor berkata pemandu kereta Exora yang terbabas Ridhuan Rusdan, 33, terseliuh bahu kirinya manakala isterinya Norazura Yahya, 32 yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami luka-luka di badan.
Anak bongsu mereka berusia lima bulan Nur Zahra Adawiyah, luka di kepala manakala dua anaknya iaitu Nur Zahra Umairah, 6 dan Muhammad Zaid Zulfan, 4, tidak mengalami kecederaaan.
Turut cedera ialah adik Norazura, Nur Izah, 15 yang patah tangan.
Mohamad Mansor berkata pemandu kereta Exora yang terbabas ke dalam longkang pula ialah Mohammad Rizal Tarsi, 37, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di sini, disahkan luka di kaki dan tangan.
Bagaimanapun isterinya Surita Nur Tajuddin, 38, dan dua anak mereka Nur Iman Aleeya, 12, dan Muhammad Iman Rifqie, 8, tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top