pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azahlina: Dewan Rakyat Tidak Cukup Masa Tangani Usul RUU355 Hadi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Aw...
PETALING JAYA: Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri Bagi Hal Ehwal Parlimen.
Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki dua hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.
“Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya.
Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.
“Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.
Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.
Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.
RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top