Balu Mangsa Lega Suspek Yang Membunuh Suaminya Di Tahan Polis


TUMPAT: Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Kuala Terengganu, berharap suspek akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejamnya.  
Noriah Lah, 34, yang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin bulan depan, berkata kematian suaminya Mohd Shukri Husin, 34, yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan begitu dirasai tetapi beliau perlu menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.  
Lega dengan penangkapan suspek utama kes itu pada Rabu, Noriah berkata, sejak insiden Ahad lepas, beliau tidak lena tidur kerana bimbangkan suspek yang masih belum ditangkap.
"Alhamdulillah, kak (Noriah) rasa lega (dengan penangkapan suspek), harap dia (suspek) dapat balasan yang setimpal untuk arwah ni. Cuma kena kuatkan semangat, kita yang hidup kena teruskan hidup," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli di sini, Rabu.
Suspek berusia 29 tahun berasal dari Manir, Kuala Terengganu itu berjaya diberkas polis tengah hari tadi ketika sedang berjalan di Jalan Jeram, Manir.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu, suspek dipercayai telah bertindak agresif dengan menikam Mohd Shukri sebanyak enam kali sehingga maut.
Insiden tersebut dikatakan bermula apabila mangsa hadir ke pejabat di situ bersama keluarganya bagi menyemak status perkahwinan suspek yang bakal berkahwin dengan adik mangsa.
Setelah tembelang suspek yang sudah berkahwin diketahui, dipercayai berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa hingga membawa kepada pembunuhan tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]