pahangdaily pahangdaily Author
Title: Bauksit: Banjir Lumpur Ketika Hujan, Mula Menghantui Para Penduduk
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Sebuah rumah di Bukit Pengorak, Kampung Selamat, Pelabuhan Kuantan dekat sini telah dimasuki air berlumpur ketika hujan malam...

KUANTAN: Sebuah rumah di Bukit Pengorak, Kampung Selamat, Pelabuhan Kuantan dekat sini telah dimasuki air berlumpur ketika hujan malam kelmarin.

Pemilik kediaman tersebut, Syed Salim memberitahu air tersebut dipercayai melimpah dari longkang penghadang stockpile bauksit berhampiran.

Beliau merayu agar pihak yg berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi sebarang kemungkinan buruk khususnya jika berlaku hujan yg lebih lebat menjelang pghujung tahun ini.

Beliau ditemui ketika diziarahi oleh ADUN Beserah, YB Andansura  Rabu yang datang untuk melihat sendiri keadaan yang dialami.


Selain kediaman yang terletak berhampiran stockpile bauksit tersebut, para penduduk yg tinggal berhampiran bekas lombong bauksit di Bukit Goh juga berisiko mengalami situasi yg sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail baru-baru ini memaklumkan bhw kawasan Bukit Goh dibimbangi dilanda banjir lumpur sekiranya berlaku hujan lebat di musim tengkujuh yg dijangka bermula pertengahan November ini.


Ini kerana kawasan bekas perlombongan bauksit kini terbiar tanpa sebarang tumbuhan yg boleh menghalang aliran air jika hujan lebat.


Menurut Datuk Seri Muhammad Safian, banjir di Pahang pada tahun ini dijangka tidak begitu besar sebagaimana pada tahun ​2015 dan 2014.

Semoga kita semua khususnya para penduduk di kawasan berisiko dipelihara oleh Allah SWT dari sebarang musibah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top