pahangdaily pahangdaily Author
Title: Belanjawan 2017 "Penyelesaian" Jangka Masa Pendek, Rakyat Terus Terbeban
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pelbagai tawaran dijanjikan kerajaan dalam Belanjawan 2017 disifatkan sekadar p...

KUALA LUMPUR: Pelbagai tawaran dijanjikan kerajaan dalam Belanjawan 2017 disifatkan sekadar penyelesaiaan jangka pendek kepada rakyat yang bakal terus terbeban dengan kos sara hidup kian meningkat.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sepatutnya memikirkan penyelesaian jangka panjang demi manfaat rakyat.
“Dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan, walau dinaikkan tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah.
“Tidak disentuh mengenai kenaikan gaji, gaji yang kita perlukan dengan gaji minima dinaikkan supaya rakyat boleh hidup lebih selesa dalan jangka masa panjang,” katanya kepada SelangorKini di luar Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Belanjawan 2017 dibentangkan Najib disifatkan Pakatan Harapan (Pakatan) tidak realistik dan bertindak keluar dewan sebelum beliau selesai membentangnya
Ketua Wanita KEADILAN itu menambah, pelbagai tawaran pinjaman juga tidak memberi makna ekoran hasil negara yang kian merosot menggambarkan kesukaran kerajaan bagi melaksanakannya.
Katanya, situasi sama ditanggung rakyat dengan kuasa membeli yang menguncup memungkinkan kepayahan bagi pembayaran semula pinjaman diperoleh.
“BR1M naik pun sikit sahaja dan bukan penyelesaian jangka panjang.
“Ia satu belanjawan yang kita tidak boleh terima kerana orang yang bentangkannya adalah individu tidak berkredibiliti yang perlu menjawab isu RM2.6 bilion.
“Maka baik kita keluar daripada dewan,” katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan antara lain menjelaskan isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000, akan dinaikkan kadar BR1M daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.
Manakala isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, akan menerima kenaikan daripada RM400 kepada RM450. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top