pahangdaily pahangdaily Author
Title: Budak Perempuan Jatuh Eskalator Di Rawat Di Hospital Pulau Pinang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN:  Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terjatuh daripada sebuah eskalator dalam Kompleks Beli-Belah Bukit...

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terjatuh daripada sebuah eskalator dalam Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul pada Ahad kini ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang.
Insiden kanak-kanak itu terjatuh dari tingkat satu ke tingkat bawah pada pukul 6.30 petang Ahad telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup.
Difahamkan kanak-kanak itu dipegang oleh bapanya dan terjatuh ketika mereka sedang turun menggunakan eskalator.
Kanak-kanak itu terjatuh daripada ketinggian kira-kira tiga meter.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kanak-kanak itu sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top