pahangdaily pahangdaily Author
Title: Cadangan Persempadanan Semula, Mana Bantahan BN Kepada SPR?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) digesa memaklumkan usaha yang telah diambil pihaknya dalam membantah cadangan persempadanan semul...

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) digesa memaklumkan usaha yang telah diambil pihaknya dalam membantah cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti mana yang pernah disuarakan pemimpin tertingginya sebelum ini.
“Bantahan terhadap cadangan persempadanan semula SPR tidak tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Justeru, saya ingin melihat bukti bantahan rasmi BN kepada SPR di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,” tegas Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada arahan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk kerajaan negeri yang ditadbir partinya mengemukakan bantahan rasmi kepada SPR berhubung cadangan tersebut.
Malah, Adnan dilaporkan media turut mengarahkan negeri yang tidak ditadbir BN untuk mendapatkan 100 tandatangan pengundi bagi menyatakan bantahan yang sama sebelum tarikh tutup yang ditetapkan untuk menghantar borang bantahan itu pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, Lip Eng berkata beliau agak sukar mempercayai kata-kata Adnan berikutan tiada media yang melaporkan bahawa BN telah menghantar bantahan kepada SPR secara besar-besaran.
“Bagi kawasan-kawasan parlimen di Kuala Lumpur pula, adakah Ku Nan (Adnan) telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengemukakan bantahan kepada SPR atau 100 tandatangan pengundi telah digunakan untuk memfailkan bantahan?
“Adakah UMNO bahagian Lembah Pantai memfailkan sebarang bantahan terhadap 6,598 pengundi pos baru dari Bukit Aman yang dipindahkan ke kawasan itu di bawah cadangan SPR?” soalnya.
Katanya lagi, pemimpin BN boleh menebus rasa malu ekoran tidak berjaya menghantar borang bantahan kepada SPR seperti yang dijanjikan dengan menentang cadangan agensi pengendali pilihan raya itu dalam sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula semula esok.
“Ahli parlimen bangku belakang BN boleh mengemukakan usul tergempar di Parlimen minggu depan untuk membahaskan kesan-kesan negatif perkauman akibat persempadanan semula SPR.
“Kabinet BN juga boleh membuat keputusan untuk membatalkan cadangan SPR ini sepertimana yang mereka lakukan 11 tahun lalu untuk menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Polis untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi memastikan disiplin pasukan polis,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top