pahangdaily pahangdaily Author
Title: Cemas, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Terbakar Lagi Hari Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Kebakaran kedua dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kali ini di dewan bedah dekat wad kecem...


JOHOR BAHRU: Kebakaran kedua dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kali ini di dewan bedah dekat wad kecemasan dan trauma.
Kakitangan hospital yang memakai pakaian seragam berwarna biru selain pesakit dilihat bergegas keluar meninggalkan wad tersebut.
Menurut seorang sukarelawan, asap dilihat keluar dari dewan bedah yang terletak di aras satu bangunan tersebut.
Sebuah jentera bomba dilihat memasuki perkarangan hospital.
Kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai diminta untuk mengosongkan kawasan tersebut.
Ia adalah insiden kebakaran kedua berlaku di HSA sejak Selasa.
Difahamkan ia hanyalah kebakaran kecil dan keadaan dilaporkan terkawal. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top