Ceramah "1MDB" Tun Dr Mahathir Di Bera, Dapat Sambutan Rakyat !


BERA: Ceramah pertama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini malam semalam berjaya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. 



Ribuan rakyat berbondong-bondong hadir untuk melihat sendiri kelibat Tun, selepas beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO baru-baru ini.



Beliau hadir sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB di Simpang Kepayang. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendengar amanat yang disampaikan oleh bekas Presiden UMNO 22 tahun itu.



Ceramah terbabit turut disertai oleh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Demoktarik Rakyat (DAP) Pahang yang terdiri daripada Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah. Turut mengiringi Tun ialah isterinya Tun dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali. #pdonews

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]