pahangdaily pahangdaily Author
Title: Enam Maut Dalam Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah Pagi Tadi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Enam terbunuh dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi. Jumlah kematian itu disahkan...

PETALING JAYA: Enam terbunuh dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, pagi tadi.
Jumlah kematian itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Twitter rasminya.
Menurut laporan Bernama, mangsa korban terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki, manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat 2 unit rawatan rapi (ICU) selatan HSA.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Othman Abdullah yang dipetik agensi berita itu berkata, seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 8.56 pagi tadi.
“Di ICU itu ada 7 mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal, jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali,” katanya sambil menambah kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Kakitangan hospital terpaksa memindahkan pesakit dari wad lain di hospital itu ke luar bangunan.
Berdasarkan gambar dimuat naik ke laman media sosial, khemah-khemah turut didirikan di luar Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, semua mangsa korban dipercayai adalah pesakit.
Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal menunjukkan ia mungkin berpunca daripada litar pintas.

Ini adalah kali kedua hospital dijilat api, selepas bilik kawalan kuasa di Hospital Pakar KPJ Damai, Sabah, terbakar hampir 90% yang memaksa 28 pesakit dipindahkan, pada 11 Julai lalu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top