pahangdaily pahangdaily Author
Title: Gabungan Satu Lawan Satu PRU-14, Amanah Akan Pertahan DAP !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menegaskan sebarang bentuk gabungan dalam agenda ‘satu lawan satu’ menentang Barisa...

IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menegaskan sebarang bentuk gabungan dalam agenda ‘satu lawan satu’ menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang haruslah mengambil kira peranan dan keberadaan DAP.
Setiausaha Pemuda Amanah Perak, Safarizal Saleh (foto) berkata DAP telah memainkan banyak peranan dan tanggungjawab dalam pilihan-pilihan raya sebelum ini, termasuk pelaksanaan pelbagai dasar yang menguntungkan rakyat di Pulau Pinang.
“Walaupun ada peringatan dan amaran agar DAP tidak dibawa berbincang untuk duduk semeja, ia sebenarnya agenda UMNO kerana bimbang dengan sokongan dan keupayaan DAP dalam pilihan raya nanti.
“Kita tidak akan sesekali mengenepikan DAP dan akan sentiasa membuktikan bahawa tohmahan serta desakan agar parti itu diketepikan adalah langkah yang silap,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menyatakan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama baharu dengan DAP atau mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.
Hadi berkata demikian dengan alasan kononnya DAP menentang Islam.
Walau bagaimanapun, dakwaan itu bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Am PAS terdahulu, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia menjalinkan kerjasama dengan DAP bagi menewaskan BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Safarizal menegaskan, perbuatan sesetengah pihak mengheret DAP dengan tuduhan bersifat perkauman sebenarnya membuktikan bahawa kumpulan itu telah kehabisan idea untuk memburukkan parti tersebut.
“Atas semangat itu, DAP dan semua parti wajar duduk semeja dengan segera bagi menghadapi BN pada PRU14 yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, October 07, 2016 12:06:00 PM

DAH TERMAKAN DEDAK DAPig puok ni

 
Top