pahangdaily pahangdaily Author
Title: Helikopter Nuri Terhempas Di Sekolah Menengah Balung Tawau
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA KINABALU:  Sebuah helikopter tentera bersama 14 orang penumpang terhempas di atas bumbung bangunan sebuah sekolah di Tawau pada p...

KOTA KINABALU: Sebuah helikopter tentera bersama 14 orang penumpang terhempas di atas bumbung bangunan sebuah sekolah di Tawau pada pagi Selasa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 9.11 pagi di Sekolah Menengah Balung.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marcus mengesahkan kejadian itu namun berkata pihaknya masih mengumpul maklumat.

"Ia masih tidak jelas mengenai insiden itu buat masa ini, belum diketahui mengenai berapa ramai yang cedera," katanya.

Difahamkan pelajar dan beberapa kakitangan tentera udara mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu tetapi butirannya masih samar.

Helikopter itu dilaporkan dalam perjalanan ke Semporna sebelum berlepas dari lapangan terbang Tawau ketika juruterbang hilang kawalan ke atas pesawat. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top