pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hoki: Pasukan Malaysia Terpaksa Berpuas Hati Di Tempat Ketiga
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Skuad hoki Malaysia bermain dengan baik dan mempamerkan banyak penambahbaikan selepas ...
KUANTAN: Skuad hoki Malaysia bermain dengan baik dan mempamerkan banyak penambahbaikan selepas menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2016.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Negara, Stephen Van Huizen berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk mengukuhkan pasukan itu di masa hadapan.
“Adalah menyedihkan kami tewas kepada Pakistan semalam tetapi saya gembira kami bangkit kembali dengan mengalahkan Korea Selatan untuk menduduki tempat ketiga dalam kejohanan ini.
“Kami akan menumpukan pada kelemahan kami dan cuba menguatkan lagi para pemain sebagai persiapan menghadapi cabaran akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam ini yang menyaksikan Malaysia menewaskan Korea Selatan 3-1 di Stadium Hoki Kuantan.
India muncul juara Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2016 selepas tewaskan Pakistan 3-2.
Van Huizen berkata salah satu pendekatan beliau ialah untuk melihat rakaman video melibatkan pasukan negara dalam kejohanan ini bagi mengenal pasti dan menganalisis apa yang kurang pada pasukannya.
“Satu perkara yang membimbangkan ialah kemahiran pemain melakukan pukulan sudut penalti yang kami perlu berbuat sesuatu.
“Secara keseluruhan saya berfikir jika kami ingin memenangi pertandingan yang sengit seperti ini, pemain perlu cergas mental dan fizikal dan saya akan pastikannya,” kata beliau.
Beliau berkata anak-anak buahnya perlu berehat sebelum menyambung latihan. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top