pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu "Jalan Jengka-Awah", Petisyen Rakyat Calarkan Imej Wan Salman
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JENGKA: Tindakan penduduk membuat pungutan suara, petisyen "Kami Mahu Jalan Jengka Di Lebarkan" jelas sekali mencalarkan imej...

JENGKA: Tindakan penduduk membuat pungutan suara, petisyen "Kami Mahu Jalan Jengka Di Lebarkan" jelas sekali mencalarkan imej Ahl Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail (foto). 

Menurut penganjur "Petisyen yang diwujudkan untuk memudahkan rakyat kerana sering berlaku kemalangan jalan raya, jalan yang sempit dan sudah tidak sesuai pada masa kini dengan kenderaan seperti lori lalu lalang, statistik kemalangan di sekitar jengka sebanyak 15 kali dalam sebulan..target petition ini sebanyak 10,000 sign...dan petition ini akan di hantar kepada menteri di parlimen". 



Persoalannya sekarang, dimana ADUN Jengka?. Kenapa isu yang berlarutan ini terus dibiarkan tanpa pembelaan. Sepatutnya sudah lama isu ini selesai jika pemimpin setempat cakna dan prihatin dengan permasalahan rakyat.

Sikap acuh tak acuh dan terlalu lewat mengambil tindakan menyebabkan rakyat sudah tidak tahan dengan apa yang mereka laluai sebenarnya.

Sudah banyak kali juga isu ini didedahkan oleh PDO, namun isu masih berlarutan. Saban tahun janji hanya tinggal janji. Malah, setiap kali musim pilihanraya pasti isu ini menjadi senjata untuk meraih undi rakyat. 
Harus diingat kerusi DUN Jengka pernah jatuh ke tangan pembangkang (PAS) pada PRU-10 lalu. ADUN Jengka ketika itu, Dato' Zainal Hassan tewas kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS sekarang).

Jika isu ini masih jadi permainan orang-orang politik, maka pasti kedudukan UMNO BN akan tergugat pada PRU-14 akan datang. Justeru, sesuatu perlu dilakukan untuk meraih kepercayaan rakyat terutamanya dalam isu panas seperti ini. Rakyat tidak mahu lagi melihat satu demi satu nyawa terkorban gara-gara kealpaan kerajaan menaik taraf jalan ini.

Kepada warga Jengka yang mahu menyokong Petisyen ini boleh klik pada link mereka di https://secure.avaaz.org/en/petition/Kami_Mahu_Jalan_Jengka_Dilebarkan_Kami_Mahu_Jalan_Jengka_Dilebarkan/?fNefjlb #pdonews

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, October 05, 2016 7:15:00 PM

sudah 4 kali pru perkara itu jadi isu kepada peneroka jengka ....time pru ditabur dedak...senyap sesenyapnya bagai ayam daging ke kenyangan....

 
Top