pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Keliru Nama, Keluarga "Rozita Binti Othman" Buat Laporan Polis
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Keluarga mangsa viral isu nama "Rozita Binti Othman" yang disangkakan orang Melayu Islam yang dikebumikan di Perkub...

KUANTAN:
Keluarga mangsa viral isu nama "Rozita Binti Othman" yang disangkakan orang Melayu Islam yang dikebumikan di Perkuburan Kristian Taman Gelora dekat sini telah membuat laporan polis berkaitan isu tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan tengahari semalam. 

Laporan telah dibuat oleh ayah si mati sendiri iaitu Othman Bin Uda. Dalam laporan polis tersebut beliau menamakan "Angkara@Terjah" dan "Al-Banna" sebagai suspek utama kes viral berkenaan. Beliau turut memaklumkan pihak keluarga terbabit membuat laporan untuk tindakan selajutnya terhadap kes ini. 

Sementara itu, blog Angkara@Terjah malam tadi telah memuat naik satu artikel "Jawapan Isu Keliru Perkataan "Binti" Pada Nama Orang Asli Di Perjelaskan". Antara lain mereka mendakwa Persoalan isu ini timbul kerana perkataan "BINTI" pada nama  biasanya digunakan untuk wanita Melayu Islam. 


"Kuburan terbabit pula betul-betul terletak di perkampungan orang Melayu Islam dan laluan utama ke masjid berdekatan. Makanya, isu ini timbul bila ramai orang yang lalu lalang untuk ke masjid keliru dengan paparan pada kuburan itu".

"Tidak ramai yang tahu siapakah yang dibumikan sebenarnya. Malah mereka langsung tidak tahu si mati orang Asli atau sebaliknya. Jika nama si mati nampak seperti nama orang asli yang biasa mungkin kekeliruan tidak timbul".

"Namun bila nama yang tertera ialah "Rozita Binti Othman", sudah pasti mereka tertanya-tanya. Ada pula yang mengambul gambar dan menyebarkan di media sosial hingga kami juga menerimanya", kata kenyataan itu.

Mereka juga mendakwa apa yang kami viralkan adalah merujuk kepada keratan viral asal yang dibuat oleh pihak lain. Kami memohon pihak bertanggung jawap seperto MUIP, JAIP dan PAID untuk menyiasat maklumat ini kerana ia telah disebarkan dengan meluas (sebelum posting  berkenaan).

Sebelum ini, isu berkenaan telah diviralkan terlebih dahulu oleh ramai pihak yang sama-sama keliru dengan senario yang berlaku. Apapun, isu ini pasti akan berpanjangan jika tiada pengumuman rasmi daripada pihak bertanggung jawab berkenaan hal ini. #pdonews 

Advertisement

Post a Comment

Anti Fitnah said... Friday, October 07, 2016 8:41:00 AM

Fitnah yang paling BESAR di Malaysia hari ini ...

Melayu adalah Islam.

Ada bangkangan????

 
Top