pahangdaily pahangdaily Author
Title: JAKIM Salahkan Media, Nama 'Pretzel Dog' Bukanlah Isu Yang Sebenarnya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Perkataan "dog" yang bermaksud anjing bukan punca yang menyebabkan produk pretzel Auntie Anne's tidak mem...

KUALA LUMPUR: Perkataan "dog" yang bermaksud anjing bukan punca yang menyebabkan produk pretzel Auntie Anne's tidak memperoleh sijil halal, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Bahagian Halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kenyataannya telah disalah lapor pihak media.
Ketika dihubungi The Star Online pada Selasa, beliau bagaimanapun berkata, Jakim telah menyarankan nama 'pretzel dog' ditukar untuk membolehkan Auntie Anne's menerima sijil halal.
Beliau juga berkata, panel Jakim telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama sedemikian.
Bagaimanapun, pada Khamis ketika ditemui di lobi Parlimen, Dr Sirajuddin berkata, permohohan syarikat itu gagal kerana mengemukakan kertas kerja yang tidak lengkap.
Beliau mendakwa, kenyataannya yang terdahulu berkaitan perkataan "dog" itu tidak seharusnya dikaitkan dengan pengeluaran sijil halal itu kerana ia tidak merujuk kepada kes Auntie Anne's.
"Kenyataan itu secara umum berdasarkan manual dan prosedur permohonan sijil halal. Ia juga mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Dr Sirajuddin berkata, terma 'pretzel dog' tidak termasuk dalam permohonan sijil halal premis makanan itu.
"Saya telah meneliti permohonan itu dan sehingga malam tadi tiada permohonan berkaitan 'pretzel dog'.
"Kami masih meneliti laporan audit berdasarkan penemuan di dapur premis itu kerana itu adalah prosedur yang ditetapkan tetapi pihak lain telah mengetengahkan isu mengenai nama produk," katanya menjelaskan mengenai perkara itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top