Jamal Yunos: Baju Merah Jaga Kelakuan, Jika Bersih Bertindak Sama


SABAK BERNAM: Kumpulan Baju Merah akan menjaga kelakuannya jika mereka yang menghadiri perhimpunan Bersih 5 melakukan tindakan sama, kata pemimpinnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
"Jika Bersih menjaga kelakuannya semasa perhimpunan, kita juga akan bertindak begitu. Tetapi jika sebaliknya, kita akan bertindak 'sepuluh kali' lebih daripada mereka," kata Jamal.
Tambahnya, kumpulan Baju Merah akan berhabis-habisan menentang Bersih 5 dan akan berkumpul di mana sahaja Bersih berada.
''Kami telah berikrar untuk habis-habisan menentang perhimpunan Bersih 5 dan kami akan melakukan apa sahaja, walaupun 'bermandi darah'. Di mana sahaja Bersih berkumpul pada 19 November, kami akan berada di sana,'' kata Jamal.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Ahad selepas melancarkan perhimpunan Baju Merah bagi Parlimen Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar di sini, sambil menambah Baju Merah telah memfailkan permohonan untuk berhimpun pada 19 November.

Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi yang bercakap kepada 500 hadirin bagi mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang mengundi beliau pada pilihan raya kecil Jun lalu.

Jamal berkata, kumpulan Baju Merah telah memohon kebenaran untuk berkumpul di kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Padang Merbok, termasuk Putrajaya, KLIA dan KLIA2. #sumber

Beliau juga berkata seramai 300,000 orang akan hadir untuk perhimpunan Baju Merah yang dirancang.

"Jika kumpulan itu mengikut peraturan dan undang-undang, kita akan melakukan perkara yang sama. Jika mereka berkumpul dalam stadium, kita juga akan buat begitu," kata Jamal. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]