pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kartunis Kontroversi, Zunar Di Larang Sekali Lagi Tinggalkan Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Kartunis kontroversi, Zunar dilarang meninggalkan negara ketika dia mahu berlepas ke Singapura bagi menghadiri satu pe...

PETALING JAYA: Kartunis kontroversi, Zunar dilarang meninggalkan negara ketika dia mahu berlepas ke Singapura bagi menghadiri satu persidangan kira-kira pukul 3 petang Isnin.
Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata dia hanya mengetahui mengenai perkara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana dia ditahan di kaunter Imigresen.
"Pegawai memaklumkan saya bahawa saya tidak dibenarkan meninggalkan negara atas beberapa sebab tertentu," katanya ketika dihubungi.
Zunar berkata dia mengesyaki larangan itu dikuatkuasakan selepas lawatan terakhirnya ke Eropah pada Jun lalu.
Walaupun tiada alasan diberikan, Zunar berkata perintah larangan itu mungkin ada kaitan dengan dakwaan hasutan kerana menghina badan kehakiman dalam tweet yang dibuat berkaitan kes liwat 2 membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Namun saya belum disabitkan lagi atas kesalahan itu dan mereka tiada hak untuk menghalang sesiapa sahaja daripada meninggalkan negara ini," katanya.
Zunar berkata dia akan berunding dengan penguamnya untuk mencabar perintah larangan tersebut.
The Star cuba mendapatkan komen Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Jabatan Imigresen untuk mengulas mengenai perkara ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top