pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kemalangan Go-Kart: Balu Mangsa Sedia Ambil Tindakan Mahkamah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Balu kepada mangsa tragedi Go Kart, EIMARace 2016 Siti Suhaiza Seman (foto), 38, berharap kematian suami, Izwan Isa, 39 dan ...

KUANTAN: Balu kepada mangsa tragedi Go Kart, EIMARace 2016 Siti Suhaiza Seman (foto), 38, berharap kematian suami, Izwan Isa, 39 dan anaknya, Nurzulaikha, 5, diberikan keadilan sewajarnya.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota Utama itu berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sepatutnya sebagai pengajaran kepada pihak berkenaan.

"Kalau perlu saman, samanlah....bukan sebab benci tetapi disebabkan kecuaian. Kalau arwah (Izwan) masih hidup pun dia seorang yang tegas.


"Sewajarnya bertindaklah dan cari keadilan untuk saya dan mereka (Izwan dan Nurzulaikha)," katanya ketika ditemui di kediamannya di Astana Permai, Indera Mahkota, dekat sini, semalam.#pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top