[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Kementerian Kesihatan Akan Siasat Dakwaan HSA Tiada Sijil Perakuan Bomba


JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan kononnya Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam (foto) berkata beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak hospital dan bomba mengenai status bangunan asal HSA, yang dibina sejak 1938.

"Hospital ini dibina pada abad ke-19 dan pada ketika itu, mungkin tiada keperluan untuk FC.

"(Bagaimanapun), setiap kali kita buat perubahan atau pertambahan perkhidmatan, kita akan pastikan alat-alat keselamatan dan pencegahan kebakaran itu ada," kata beliau kepada pemberita di HSA selepas melawat HSA, susulan kebakaran yang mengorbankan enam nyawa pesakit dan mencederakan empat orang termasuk tiga petugas HSA.

Dr Subramaniam berkata hospital itu telah melalui banyak kerja menaik taraf termasuk pembinaan blok-blok bangunan baharu dan menjalani pemeriksaan serta kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]