pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kertas Siasatan EimaRace 2016 Ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EimaRace) 2016 hampir selesai dan dijangka d...

KUANTAN: Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EimaRace) 2016 hampir selesai dan dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh (foto) berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EimarRace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.
Keterangan itu termasuklah daripada pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemandu dan Persatuan Sukan Permotoran (MAM) yang mengendalikan aspek keselamatan litar perlumbaan, katanya. 
"Kita juga telah menerima minit mesyuarat dan dokumen berkaitan daripada MAM. Semua akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. 
Pada EimarRace 2016, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, yang menonton EimarRace 2016 maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart yang terbabas selepas bergesel dengan dua kenderaan lain. 
Kemalangan pada 11.30 pagi 25 Sept di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, juga menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top