Khairy Gesa Pihak Polis Menutup Jalan Masuk Ke Dataran Merdeka

KUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menggesa pihak polis menutup semua laluan ke Dataran Merdeka bagi menyekat kehadiran penyokong perhimpunan Bersih pada 19 November.
Menurutnya lagi, ia satu keputusan wajar dilakukan Polis Diraja Malaysia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan itu berlangsung.
“Kumpulan Baju Merah hanya mengadakan perhimpunan dan perarakan jika kumpulan aju kuning meneruskan perarakan dan perhimpunan,” katanya.
Pandangan Khairy yang juga menteri belia dan sukan ini menyokong kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menurutnya konfrontasi kedua-dua kumpulan boleh diselesaikan dengan mudah jika kedua-duanya berhenti menganjurkan demonstrasi jalanan.
Pada masa yang sama, Khairy turut bersikap terbuka sekiranya terdapat ahli Pemuda yang menyertai perhimpunan kumpulan Baju Merah asalkan asalkan mereka tidak membuat hura-hara atau merosakkan harta benda awam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]