pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mahkamah: TV3 Dapat Kurangkan Bayaran Ganti Rugi Kepada Nizar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) untuk mengurangkan ganti rugi yang di...
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan rayuan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) untuk mengurangkan ganti rugi yang diperintah dibayar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang menang kes saman terhadap syarikat televisyen itu berhubung kenyataan nombor pendaftaran kereta ‘WWW1’.
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Nizar, yang juga bekas menteri bsar Perak, dan TV3 diwakili peguam Lim Qi Shi.
Fitri ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan ganti rugi am, teruk dan teladan berjumlah RM200,000 yang diputuskan Timbalan Pendaftar Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli pada 14 Julai lepas, dikurangkan kepada RM180,000 sebagai ganti rugi am.
“Mahkamah berpendapat jumlah ganti rugi sebanyak RM180,000 itu adalah bersesuaian dengan kedudukan plaintif (Nizar) sebagai seorang ahli politik yang dikenali umum,” kata peguam itu.
Pada 24 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada unsur berat sebelah kehakiman dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati TV3 bertanggungjawab memfitnah Nizar.
Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap TV3 berkaitan komennya mengenai nombor pendaftaran kereta ‘WWW1’ yang berjaya dibida dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012, yang disiarkan dalam berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012.
Selain TV3, Nizar turut menamakan Penerbit Buletin Utama Rohani Ngah dalam kes saman itu.
Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah ahli Parlimen Bukit Gantang dan bekas Adun Pasir Panjang itu yang kemudian membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan dan keputusan memihak kepada Nizar.
Pada 25 Februari 2014, Mahkamah Rayuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top