pahangdaily pahangdaily Author
Title: Malaysia Akan Bantu Madinah Jadi Pusat Ketamadunan Islam Baharu
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MADINAH: Malaysia menyuarakan komitmen untuk turut serta membangunkan bandar ini sebagai pusat ketamadunan Islam baharu demi kesejahtera...
MADINAH: Malaysia menyuarakan komitmen untuk turut serta membangunkan bandar ini sebagai pusat ketamadunan Islam baharu demi kesejahteraan umat di seluruh dunia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata, bagi tujuan itu, Malaysia akan menghantar lebih ramai golongan profesional dan ahli akademik untuk berkongsi pengalaman serta belajar di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah (MILE).
“Kita tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang dan belajar agar Madinah dan juga Makkah (pada masa akan datang) menjadi pusat ketamadunan Islam yang baharu,” katanya kepada wartawan Malaysia, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid diberi taklimat mengenai Bandar Pengetahuan Ekonomi Madinah oleh Naib Presiden Pembangunan Projeknya, Saeed Ahmed Albially dan Pengarah Eksekutif MILE, Dr Mohamed Moustafa Mahmoud.
MILE antara komponen dalam Bandar Pengetahuan Ekonomi Madinah yang rancak dibangunkan di kawasan seluas 2.2 juta meter persegi dan projek itu sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi.
Ahmad Zahid berkata, dengan menjadikan Madinah sebagai pusat ketamadunan Islam baharu akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 bilion umat Islam di seluruh dunia.
“Apa (yang) dipersetujui secara lisan, Insya-Allah kita akan hantar golongan profesional dan ilmuan untuk belajar dan pada masa sama berkongsi kepakaran di Institut Kepimpinan dan Keusahawanan Madinah,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini, Malaysia melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) serta beberapa universiti tempatan turut menjalin kerjasama dengan MILE.
Katanya, kerjasama dengan MILE melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga selaras usaha kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi berteraskan modal kepada ekonomi berorientasikan rakyat.
Pada Jumaat malam, Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis bersama delegasi menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Nabawi.
Timbalan Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan rasminya selama 5 hari ke Arab Saudi, pada Ahad. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top