pahangdaily pahangdaily Author
Title: Maria Chin Abdullah Minta Segera Hentikan Keganasan Dan Ugutan Politik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa keganasan terhadap ahli dan penyokong gabungan tersebut dihentikan da...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa keganasan terhadap ahli dan penyokong gabungan tersebut dihentikan dan mahu rakyat bersatu menentang 'ugutan politik'.
Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan Bukit Aman di sini pada Khamis, Maria berkata tidak kira apa jua pegangan politik mereka, tiada sesiapa pun harus menjadi mangsa kepada ugutan politik.
"Ugutan dan keganasan politik tiada tempat dalam pembentukan sebuah negara Malaysia yang demokratik," katanya.
Maria merujuk kepada ancaman yang diterima keluarganya dan beberapa penganjur Bersih menjelang perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.
"Walaupun ia kelihatan insiden terpencil, mereka cuba mewujudkan kekeliruan, ketidakpercayaan dan mencemarkan Bersih 2.0," kata Maria.
Maria bersama beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pergerakan masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Bukit Aman.
Memorandum itu menggesa polis menyiasat ancaman bunuh terhadap Maria dan ahli Bersih termasuk bekas pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli sekretariat Mandip Singh, tuduhan fitnah terhadap Maria dan insiden membabitkan kereta anak lelakinya.
Memorandum itu turut meminta perlindungan polis terhadap Maria dan keluarganya.
Pada awal pagi Khamis, kereta anak lelaki Maria telah disimbah cat merah.
Maria turut menerima ancaman bunuh bersama gambarnya yang telah diedit (superimposed) pada Selasa, di mana dia dipenggal pengganas IS. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top