pahangdaily pahangdaily Author
Title: Memalukan, Gambar Najib Telah Di Cemuh, Di Turunkan Di Ekspo Milan 2015
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu ki...

KUALA LUMPUR: Dalam ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu kisah yang menarik yang belum pernah saya dengar sebelum ini .... menarik sebab ia melibatkan Najib hehe

Menurut Muhyiddin, tahun lepas ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah merasmikan Pavilion ( 'khemah' penyertaan ) Malaysia di Ekspo Dunia Milan 2015.

Katanya, di situ terpampang gambar YDP Agong dan juga gambar Najib . 

Cerita yang saya terima sahih, daripada seorang kawan yang mana isterinya adalah seorang pegawai di Kementerian Perlancongan. Dia berkata bahawa gambar Najib itu diletakkan di hadapan.

Ketika pameran berlangsung, ramailah yang datang berkunjung ke Pavilion Malaysia yang sememangnya unik ( kena saksikan videonya, memang unik dan canggih ! ) Ramai juga pengunjung yang berhenti melihat gambar Najib sambil memberi komen ( yang didengar oleh pegawai itu ) -

I think i know this man. Dia kata dia kenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak !

Bila dah ramai yang beri komen sebegitu, dia terpaksa menurunkan gambar itu dan simpan di tempat yang lain.



Ini gambar Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik gambar saya takde kat situ .... Jadi, apa maknanya ini ?  Ini cerita ringan tapi maknanya cukup mendalam. 





Bahawa ' kehebatan ' Najib ni sudah menjadi seantero dunia ! Semua orang tahu.  Dan ini suatu yang agak memalukan satu hal,  tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.

Kesan daripada situasi dan keadaan yang negara sedang hadapi ini .... cukup buruk.


Jika benarlah seperti apa yang diceritakan oleh Muhyiddin di atas ..... tak tahulah di mana lagi nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia bila berdepan dengan orang luar !
#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top