pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahli Parlimen "Pakatan Harapan" Keluar Dari Dewan Kerana Protes Provokasi Najib !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BANTING: Tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat lebih awal ketika pembentangan Belanjawan 2017 dibuat sebag...

BANTING: Tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat lebih awal ketika pembentangan Belanjawan 2017 dibuat sebagai protes terhadap provokasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembentangan Belanjawan 2017 tersasar daripada tujuan sebenar apabila wujudnya kenyataan provokasi terhadap pembangkang ketika Dewan bersidang.
“Kami berada di sana hampir dua jam mendengar keseluruhan intipati Belanjawan oleh Perdana Menteri bukannya dua minit.
“Tetapi Perdana Menteri nampaknya cuba melakukan provokasi terhadap Ahli Parlimen Pembangkang lalu memaksa kami beredar lebih awal,” katanya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
Beliau mengulas kenyataan pengguna media sosial berhubung tindakan dibuat sebahagian besar pimpinan pembangkang yang diketuai, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa pimpinan pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen Bebas kekal berada di kerusi masing-masing.

“Itu pendirian peribadi masing-masing. Kami keluar lebih awal kerana provokasi Perdana Menteri sendiri,” kata Mohamed Azmin.
Perdana Menteri dalam pembentangannya turut menyindir beberapa insiden dan isu membabitkan peniaga nasi lemak dara yang hangat diviralkan di media sosial.
Susulan itu, pihak pembangkang ketika meninggalkan Dewan turut mengangkat plakad yang mempersoal indentiti Malaysian Official One (MO1) yang dikaitkan dengan Najib Razak.
Mohamed Azmin bercakap kepada media pada Program Selangor Agrofest di Pantai Morib, di sini petang semalam. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top