pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin Sifatkan, "Kandungan" Belanjawan 2017 Manis Tapi Pahit !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2017 diben...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2017 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak selari dengan situasi ekonomi negara yang kian meruncing.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia walaupun kelihatan menarik dengan pelbagai tawaran, namun sukar dilaksanakan berikutan hasil negara berkurangan dengan tanggungan hutang yang meningkat.
“Ia nampak manis tetapi hakikatnya pahit.
“Walaupun zahirnya kalau kita dengar tawaran dibuat dengan BR1M naik tetapi isu pokoknya sumber dana negara yang merosot,” katanya kepada media di luar Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2017.
dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Belanjawan 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM46 bilion pula untuk perbelanjaan pembangunan.
Belanjawan terbabit disifatkan Pakatan Harapan (PAKATAN) juga Bersatu tidak realistik yang mengambil tindakan keluar dewan sebelum Najib selesai membentangkannya.
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, hakikatnya tawaran dikemukakan adalah sedikit kerana Perdana Menteri tidak menjelaskan bagaimana keupayaan kerajaan dalam menampung tanggungan hutang termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, penjelasan sebegitu perlu dilakukan supaya rakyat berasa yakin terhadap belanjawan dibentangkan itu.
“Saya pernah berada dalam kerajaan, ketika pembentangan belanjawan di Parlimen, sejumlah wang besar diperuntukkan untuk kementerian tetapi bila memohon untuk mendapatnya maka ada saringan yang akhirnya peruntukan sebetulnya tidak diberikan.
“Saya percaya perkara sama juga akan berlaku kerana hasil negara tidak mungkin dapat menampung sejumlah besar pembiayaan, tanggungan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi perhatian dalam membantu rakyat yang kini terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan harus menangani pelbagai isu melanda pentadbiran negara termasuk rasuah. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top