pahangdaily pahangdaily Author
Title: MUIP Peruntuk RM1.3 Juta Untuk Tabung Perubatan Jan-Ogos 2016
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membelanjakan lebih RM1.3 juta untuk tabung perubatan sejak Januari hin...

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) membelanjakan lebih RM1.3 juta untuk tabung perubatan sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, daripada jumlah perbelanjaan itu, RM1 juta kepada Institut Jantung Negara (IJN), RM284,960 untuk program ziarah prihatin hospital dan terbaharu kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) berjumlah RM100,000.

Menurutnya, terdapat sedikit peningkatan perbelanjaan tahun ini yang bertujuan membantu pesakit dan keperluan perubatan.

“Secara keseluruhan bagi tempoh empat tahun sejak 2013, Muip membelanjakan RM4.5 juta termasuk untuk Tabung Perubatan Jabatan Kerja Sosial Hospital dan peralatan perubatan hospital.

“Ini antara khidmat sosial melalui perbelanjaan berkaitan perubatan dilaksanakan Muip,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Makna di Pejabat Saham Wakaf Pahang, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Makna, Farahida Mohd Farid berkata, pihaknya mula bekerjasama dengan majlis agama Islam di setiap negeri sejak dua tahun lalu bagi mendapatkan bantuan rawatan pesakit kanser.

Katanya, Pahang melalui Muip merupakan antara lapan negeri yang menyumbangkan dana tersebut.

“Tahun ini kali kedua Muip salur bantuan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top