pahangdaily pahangdaily Author
Title: Murid Tahfiz Di Bayar RM3 Untuk Merahsiakan Perbuatan Terkutuk Senior
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KOTA BHARU:  Seorang murid tahun dua didakwa diberi RM3 oleh pelajar senior berusia 13 tahun di sebuah sekolah tahfiz di sini untuk ...

KOTA BHARU: Seorang murid tahun dua didakwa diberi RM3 oleh pelajar senior berusia 13 tahun di sebuah sekolah tahfiz di sini untuk merahsiakan perbuatan seksual yang dilakukannya sebanyak dua kali.
Perbuatan tidak senonoh itu dikatakan dilakukan pada 10 dan 11 Oktober lalu di sebuah bilik stor sekolah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tidak meliwat budak lelaki tersebut tetapi memaksanya untuk melakukan kelucahan melampau.
Katanya, mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia diliwat.
Namun, Mohamad Fakri berkata suspek mengakui memaksa mangsa melakukan kelucahan melampau di bilik stor sekolah itu sebanyak dua kali.
"Suspek ditahan pada Isnin dan polis mendapatkan perintah reman dari mahkamah majistret Bachok.
"Dia kemudiannya direman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana menghasut kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, October 26, 2016 8:10:00 PM

Budak budak yg blajar kt sekolah Tahfiz diwajibkan blajar fardhu 'Ain dan kifayah dan wajib diadakan Tazkirah.jangan dok hanye mengaji Quran jer.

Anonymous said... Wednesday, October 26, 2016 11:26:00 PM

Ini menunjukkan tak mustahil perkara spt ini boleh berlaku di maahad tahfiz sekalipun. Jd jgn anggap sekolah2 tahfiz atau agama kebal terhadap tatalaku sensual spt ini, termasuk yg dimiliki oleh ustaz glamer

Anonymous said... Wednesday, October 26, 2016 11:28:00 PM

....salahlaku seksual....

Anonymous said... Thursday, October 27, 2016 6:27:00 AM

la ni pon banyak tumbuh pusat tahfiz..bagus tu memang la bagus..tp kena ada pengawalan sebab dah jadi macam tempat buangan bagi mak bapak pada anak anaknya yg gagal dlm pelajaran..yg pak pak ustaz pulak bole buat duit bila tubuh pusat tahfiz ni..bukan semua la...tapi isu nya ada..

 
Top