pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Nama Makanan: Mufti Perak Bidas Sikap Jabatan Agama Yang Melampau
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bukan nama, tetapi isi kandungan yang menentukan status halal sesuatu makanan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakari...
PETALING JAYA: Bukan nama, tetapi isi kandungan yang menentukan status halal sesuatu makanan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
“Ya, mereka bersikap melampau” kerana menjadikan poster dan nama makanan sebagai isu, kata Harussani.
“Mereka sepatutnya melihat isi kandungan…itu yang menentukan sama ada makanan itu halal atau tidak. Itu tugas Jabatan Agama Islam Selangor dan jabatan lain. Mereka patut kaji dan terbitkan nasihat atau senarai supaya orang Islam tahu apa yang halal dan apa yang tidak halal,” katanya.
Minggu lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikritik selepas rangkaian Auntie Anne dilaporkan diminta menukar nama sosej “pretzel dog”.
Orang ramai turut mengkritik tindakan pihak berkuasa agama susulan aduan mengenai poster burger khinzir P Ramly.
Semalam, Harussani dilaporkan Malay Mail Online sebagai berkata poster atau nama sesuatu makanan seperti “hot dog” tidak menyebabkan orang Islam menentang agama.
“Perkataan itu sudah sekian lama digunakan. Nama itu pernah menjadi isu, tetapi dibenarkan selagi kandungannya halal,” katanya.
Harussani berkata orang ramai dan pihak berkuasa agama sepatutnya menyiasat sesuatu isu terlebih dahulu sebelum menguar-uarkan di media sosial.
“Sila periksa dan sahkan sebelum berkongsi. Mana-mana pihak yang mahu mengulas perlu kaji dan selidik isu terlebih dahulu sebelum membuka mulut,” katanya.
Semalam, mufti Kelantan dipetik sebagai berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyiarkan produk yang menampakkan sesuatu yang haram nampak halal.
“Masyarakat tidak boleh mempersenda atau mempermainkan hal-hal melibatkan hukum,” kata Mohamad Shukri Mohamad di Kota Bharu. “Jangan jadikan ia sebagai gurauan. Bergurau ada batasnya, bila di luar sempadan, ia sudah melampau.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top