pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Generasi Menggesa Kerajaan Selesaikan Isu PGBF Di Negeri Ini !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
RAUB:  Kerajaan digesa menyelesaikan masalah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Sungai Koyan di sini, yang didakwa ...

RAUB:  Kerajaan digesa menyelesaikan masalah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Sungai Koyan di sini, yang didakwa menjadi antara ‘projek sakit’ di negeri ini.

Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Roslan Md Esa berkata, kerajaan mesti mengemukakan cadangan penyelesaian kepada masalah itu kerana Felda kini berhadapan pelbagai masalah.

Menurutnya, peneroka bukan sahaja berdepan dengan projek PGBF, sebaliknya turut dibelenggu masalah seperti hutang berganda dengan kadar faedah enam peratus, Felda Global Venture (FGV), Koperasi Permodalan Felda (KPF), hasil jualan sawit yang lambat, pengurusan ladang yang teruk oleh Felda Technoplant dan pelbagai lagi lambakan isu yang merimaskan peneroka.

“Rata-rata peneroka susah hati dan tertekan dengan perbuatan pihak pengurusan tertinggi Felda, malah ada segelintir peneroka diperlakukan seperti pengemis kerana setiap hari terpaksa ke pejabat Felda untuk bertanyakan hasil jualan buah, namun jawapan yang mereka dapat mengecewakan.

“Sekarang tiada lagi kedengaran durian runtuh untuk peneroka, yang ada adalah hanyalah beban hutang yang terpaksa ditanggung peneroka sehingga ada melangkaui ratusan ribu ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat projek PGBF di Felda Sungai Koyan, di sini kelmarin.

Turut serta, Ketua Pemuda Pas negeri, Hazmi Dibok dan Yang Dipertua Pas Cameron Highlands, Karim Nor.

Roslan berkata, ternyata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad adalah liabiliti terhadap semua masalah membelenggu Felda dan harus dipertanggungjawabkan terhadap isu yang berlaku.

“Inilah akibatnya apabila diserahkan amanah pada yang bukan ahlinya. Justeru, saya mencabar beliau (Isa Samad) untuk berdebat bagi memberi penjelasan terhadap isu Felda yang sangat kritikal sekarang dan tidak hanya menjadi jaguh kampung. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top