pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nur Jazlan: Zaman Tun Mahathir, Ayah Saya Paling Kuat Di Kecam !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ram...
PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed mendedahkan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, ramai pemimpin parti itu terpaksa menyokongnya dan penentangnya pada masa itu turut berkata ia tindakan hipokrit.
Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata individu paling kuat dikecam pada masa itu ialah bapanya, Tan Sri Mohamed Rahmat yang pada ketika itu menjawat jawatan Setiausaha Agung UMNO merangkap Menteri Penerangan, kerana mempertahankan Dr Mahathir atas kepentingan UMNO untuk terus menerajui kerajaan.
“Pemerintahan beliau menyebabkan UMNO diharamkan dan UMNO dihidupkan semula pada 1988 mengikut acuan beliau. Hari ini beliau keluar UMNO untuk kali kedua dan terang-terang hendak menjatuhkan UMNO.
“Siapa yang sebenarnya hipokrit?” katanya.
Semalam, Dr Mahathir menerusi catatan blognya berkata semua pemimpin Barisan Nasional (BN) hipokrit kerana terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun mereka sedar kesalahannya.
Dr Mahathir berkata pemimpin BN yang menguar-uarkan mengenai keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan Najib tidak bersalah berhubung hutang 1Malaysia Development Berhad, cuba memperbodohkan diri sendiri dan orang lain.
“Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit.
“Mereka tahu tindakan pendakwa raya menghalang proses perundangan adalah salah,” kata Mahathir, dan menambah amat malang kita mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat “hipokrit” yang terus menyokong Najib.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau sentiasa menghormati Dr Mahathir tetapi tuduhannya semua pemimpin UMNO hipokrit adalah kurang bijak kerana ahli dan pemimpin UMNOo tidak membuta tuli menyokong pemimpin walaupun didapati salah.
“Datuk Seri Najib belum pun didapati salah mana-mana mahkamah, maka tanggungjawab ahli parti dan pemimpin dalam UMNO untuk mempertahankan Presidennya yang sedang diasak, dihentam, dicaci dan dihina dengan bermacam cara oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Apakah dengan mempertahankan Presiden parti kita dianggap hipokrit? Perkara sama berlaku semasa Dr Mahathir jadi Presiden kita pun pertahankan dia juga daripada asakan orang berniat jahat ketika itu,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top