pahangdaily pahangdaily Author
Title: Nurul Izzah: "Peruntukan IPTA" Di Potong, Jejas Masa Depan Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Langkah Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 20...

KUALA LUMPUR: Langkah Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2017 merugikan negara ekoran ia nadi penting melahirkan masyarakat berilmu dan tunjang penting negara pada masa hadapan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata pemotongan sektor pendidikan itu melibatkan peruntukan untuk universiti pengajian tinggi awam termasuk hospital pengajar.
Walaupun ada diberikan bantuan kepada anak muda bekerja tetapi jangan lupa sektor pendidikan menyaksikan pemotongan di setiap universiti seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan lain-lain termasuk hospital pengajar.
“Semua Belanjawan mereka dipotong. Di mana keutamaan Kerajaan Persekutuan kalau kita katakan pendidikan diutamakan. Pada saya inilah tunjang nadi pada masa depan,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.
Beliau berkata demikian di Lobi Dewan Rakyat semalam sejurus beliau dan Ahli Parlimen Pembangkang lain meninggalkan Dewan Rakyat sebagai tanda protes kegagalan Najib merangka jalan penyelesaian isu rasuah.
Jelasnya, kerajaan pimpinan Najib juga gagal merangsang pertumbuhan peluang pekerjaan sehingga mengakibatkan lebih 75,000 graduan masih menganggur.
Sebaliknya Najib membentangkan belanjawan populis yang menurutnya hanya menggula-gulakan rakyat untuk sementara bagi mempertahankan sebuah kerajaan kleptokrasi.
“Bila gula-gula itu tidak ada atau habis, kita akan berhadapan dengan kerajaan sendiri yang merampas dana rakyat, mengguna pakai usaha mengaburi mata rakyat sendiri,” katanya.
Katanya lagi, walaupun Belanjawan 2017 dibentangkan bersaiz agak besar tetapi tidak menolak kemungkinan Najib sekali lagi membentangkan belanjawan tambahan pada tahun hadapan khususnya ketika negara kehilangan banyak pendapatan menerusi industri minyak dan gas. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top