pahangdaily pahangdaily Author
Title: Orang Ramai Gesa RapidKuantan Tambah Laluan Bas Ke Cherating
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Orang ramai menggesa syarikat Prasarana Negara mewujudkan laluan bas awam ke kawasan pelancongan Cherating sempena Tahun Mela...

KUANTAN: Orang ramai menggesa syarikat Prasarana Negara mewujudkan laluan bas awam ke kawasan pelancongan Cherating sempena Tahun Melawat Pahang 2017 tidak lama lagi. Isu ini sudah lama diperkatakan oleh penduduk tempatan, hingga ia menjadi viral di laman sembang sosial facebook baru-baru ini.

Difahamkan ketika ini, bas RapidKuantan hanya berakhir setakat kawasan Balok Makmur yang terletak sekitar 7 kilometer dari Cherating. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang diharap dapat menyokong cadangan yang baik ini hendaknya.

Apapun, cadangan mengadakan bas awam ke Cherating amat sesuai sekali dengan keperluan, tambahan pula lokasi itu adalah kawasan pelancongan terkenal di negara ini. Ia memudahkan para pelancong untuk datang ke kawasan ini sebenarnya. 

Jika lokasi lain seperti Gambang, Pekan yang jaraknya juga agak jauh boleh jadi laluan RapidKuantan maka wajarlah Cherating jadi pilihan seterusnya.#pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top