pahangdaily pahangdaily Author
Title: Panas: 'Tawar Kerusi' Kepada Mat Sabu, Ahli PAS Kecewa Sikap Fauzi !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Tindakan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan untuk menjadikan Pengerusi Amanah, M...

KUANTAN: Tindakan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang mengeluarkan kenyataan untuk menjadikan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu sebagai YAB dalam PRU-14 nanti telah mendapat kritikan panas sebahagian besar ponyokong PAS di sini.


Fauzi berkata demikian dalam Majlis Makan Malam AMANAH Pahang sempena Sambutan Setahun AMANAH di Kuantan baru-baru ini. "Kami di peringkat Negeri telah mengadakan dua kali bermesyuarat, saya ada cara nak bagi Presiden Amanah jadi YAB. Tapi tengoklah kalau dia setuju atau tak setuju. Kita tengoklah. InsyaAllah saya rasa boleh dilaksanakan.", kata Fauzi dalam majlis tersebut. 


Perdebatan isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial, rata-rata penyokong PAS kecewa dengan tindakan pemimpin PKR Pahang itu. Umum mengetahui bahawa PAS masih ada "tahaluf Siyasi" dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah di Pahang, hubungan PKR dengan PAS dilihat masih terjalin erat, biarpun serangan bertalu-talu terhadap pimpinan PAS sering berlaku di media sosial. Ulamak PAS Pahang sering menjadi bahan ejekan dan tohmahan perang siber PKR di negeri ini. 

Nampaknya politik Pahang kini kian Panas menjelang PRU-14 tidak lama lagi. Kini, masing-masing membina kekuatan dan pengaruh tanpa merujuk kepada rakan-rakan yang lain. Harus diingat, PKR menang di banyak kerusi dalam Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota kerana sokongan kuat daripada para penyokong PAS sebenarnya. Laporan selanjutnya menyusul. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top