pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Bukan Seperti Parti Lain Yang Sentiasa Tukar Prinsip Perjuangan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MELAKA:  PAS bukan seperti parti lain sentiasa menukar warna dan prinsip semata-mata ingin mengejar kemenangan, bukan juga parti yang me...

MELAKA: PAS bukan seperti parti lain sentiasa menukar warna dan prinsip semata-mata ingin mengejar kemenangan, bukan juga parti yang menukar pemimpin serta selalu menukar prinsip.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian dalam Kuliah Subuh sempena Ijtima' Tarbawi 5.0 di Balai Islam Pernu, Telok Mas, hari ini.

Jelas beliau, muafakat bermaksud dengan pihak yang lain manakala maksud al-akhar pula  adalah manusia atau pasukan iaitu orang-orang yang tidak bersama dengan jemaah dengan pandangan.

Tambahnya, mereka berbeza dengan akidah, sama ada berbeza dengan akidah tapi sama dengan kepartian atau berbeza dengan pendekatan kepartian tetapi mempunyai akidah yang sama. 

Justeru al-akhar merujuk kepada orang yang berbeza akidah. 




"Orang yang dinamakan sebagai al-akhar, mereka mempunyai berbeza dari sudut berbeza pendekatan politik.

"Jadi macam mana kita nak bertahaluf dengan orang pendekatan politik berbeza, boleh kita lihat dalam sirah nabi.

"Contoh pada  zaman nabi dalam peristiwa hilful fudul, berlaku sebelum kenabian nabi, apabila berlakunya peperangan kabilah, maka antara kabilah-kabilah ada berlaku kesepekatan bahkan nabi turut terlibat walaupun belum jadi nabi," ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top