pahangdaily pahangdaily Author
Title: Muhyiddin Yassin: PAS Merupakan Kunci Satukan Parti Pembangkang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan...
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP “mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu”.
“Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya.
Muhyiddin yang dipecat daripada UMNO pada 24 Jun lalu dan disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah membincangkan perkara itu.
“Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu,” katanya.
Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai “PAS penting dalam agenda kami” dan wujud percanggahan dalam PAS “tetapi itu adalah isu yang perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang setuju dan orang lain pula membantah”.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi PAS sebelum ini “bukan semuanya disebabkan undi Melayu”, tetapi kerana pakatan mereka dengan DAP.
“Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka, vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti lain juga, khasnya Amanah dan DAP.”
PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.
Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama bagi mengelakkan undi pecah. #sumber

Advertisement

Post a Comment

IBU,FITRI SULISTIAWATI said... Sunday, October 09, 2016 12:28:00 PM

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Top