pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pasukan Muadzam Shah Ungguli Piala KDYMM Sultan Pahang 2016
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TEMERLOH: Muadzam Shah menepati ramalan apabila unggul menjuarai Piala KDYMM Sultan Pahang 2016 setelah menewaskan Raub dengan keputusan...

TEMERLOH: Muadzam Shah menepati ramalan apabila unggul menjuarai Piala KDYMM Sultan Pahang 2016 setelah menewaskan Raub dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan akhir kejohanan itu yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi.

Berada sekumpulan dalam Kumpulan A, Muadzam Shah nyata tidak menghadapi masalah untuk mengulangi kemenangan yang di raih pada lawan yang sama sebelum ini walaupun ketika itu bermain di tempat lawan.

Tidak menunggu lama, Muadzam Shah yang tewas kepada Jerantut dalam perlawanan akhir musim lepas mendahului seawal minit ke 12 melalui Mohd Norizwan Mustafa dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Dalam babak kedua, Raub yang cuba untuk mencari gol pernyamaan tersentak apabila sebaliknya Muadzam Shah menggandakan kedudukan hasil jaringan Engku Syahrial Kahpi pada minit ke 62 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Mohd Syazwan Mohd Abu Bakar kemudian memadamkan sisa-sisa perjuangan Raub apabila melebarkan kedudukan kepada 3-0 pada minit ke 82 hingga wisel penamat dibunyikan.

Selaku Juara, Muadzam Shah membawa pulang wang tunai sebanyak RM17,000 berserta Piala Pusingan manakala Raub selaku Naib Juara membawa pulang RM12, 000  dan pasukan Temerloh dan Jerantut yang tewas di separuh akhir menbawa pulang RM3,000.

Hadiah disampaikan  oleh YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) setiap tahun sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang diadakan di dua lokasi semasa peringkat kumpulan iaitu di daerah Bera dan Raub manakala perlawanan akhir diadakan di Temerloh. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top