pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemuda UMNO "Bantah", Teroka Hutan Simpan Lakum Di Lanchang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
LANCHANG: Penduduk Kampung Bolok Hulu, di sini, mendakwa Hutan Simpan Lakum bersebelahan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah...

LANCHANG: Penduduk Kampung Bolok Hulu, di sini, mendakwa Hutan Simpan Lakum bersebelahan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah diterokai pihak tertentu bagi pembangunan aktiviti pelancongan.

Ketua Pemuda Umno Bolok Hulu/Sokmik, Husyin Abd Murat berkata, pihaknya mewakili suara belia di situ, membantah tindakan dilakukan pihak terbabit yang membangunkan kawasan Hutan Simpan Lakum bagi tujuan pelancongan.

Menurutnya, timbul persoalan kenapa usaha penduduk memajukan kawasan sama untuk membina chalet tidak diluluskan tetapi orang luar diberi kelulusan dan tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Sebelum ini pihak terbabit sudah meneroka kawasan Hutan Simpan Lakum dengan membangunkan chalet dan beberapa kemudahan permainan aktiviti lasak. Kini mereka cuba membesarkan lagi kawasan diteroka dengan membersihkan kawasan baharu.

“Sebelum ini, kami berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengambil tindakan tetapi apabila tiada perubahan dan kami terpaksa buat bantahan ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Biro Akademik Persatuan Belia Bolok Aktif Muhammad Hasrizal Zazili berkata, bantahan itu diadakan dengan tujuan menghalang pencerobohan hutan simpan yang ada di kawasan tersebut.

"Bantahan itu sebenarnya telah lama dibuat tetapi menerusi saluran JKKK. Kami kesal kerana permohonan penduduk untuk memiliki tanah kerajaan yang diusahakan di beberapa kawasan lain di kampung ini sukar diluluskan, tetapi kelulusan diberikan kepada pihak lain dengan begitu mudah.

"Kami harap sangat untuk dapat penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai perkara ini," katanya. #sumber

Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Bolok Hulu/Sokmik, Mohd Fadzil Yahya berkata, kawasan yang dibangunkan pihak luar itu terletak berhampiran dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Menurutnya, kawasan hutan simpan itu sepatutnya dipelihara dan bukannya dimajukan dengan aktiviti penerokaan hutan dan sebagainya.

Advertisement

Post a Comment

 
Top