pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penduduk Felda Kota Gelanggi 3 Gempar, Harimau Akar Tersesat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT:  Penduduk Felda Kota Gelanggi 3 digemparkan dengan kehadiran seekor harimau dipercayai jenis harimau akar berkeliaran di kawas...

JERANTUT: Penduduk Felda Kota Gelanggi 3 digemparkan dengan kehadiran seekor harimau dipercayai jenis harimau akar berkeliaran di kawasan rumah penduduk Blok L, di sini.

Harimau terbabit pada mulanya dilihat oleh seorang‎ kanak-kanak 10 tahun bersama ibu bapanya yang secara kebetulan sedang makan rambutan di hadapan rumahnya.

Kanak-kanak terbabit, ‎Muhammad Afiq Irfan Mohd Khaidir berkata, dia yang terkejut melihat binatang tersebut di hadapan rumah jiran hadapannya memaklumkan kepada kedua ibu bapanya.

"Masa itu saya pusing nak masuk rumah, lepas itu saya nampaklah. Saya bagitau ayah saya. Ayah kata itu harimau. Ayah suruh masuk dalam. Kemudian saya beritahu Aki (datuk)," katanya.



Sebaik memberitahu datuknya, Ramli Othman, 60, Ramli berkata, kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 7.30 pagi.

"Cucu beritahu ada kucing besar. Saya pun keluarlah tengok. Sekali saya nampak duduk dekat depan rumah jiran. Hendak makan ayam agaknya.

"Ini pertama kali saya tengok harimau itu. Saya diberitahu ia sejenis harimau bintang atau harimau akar. Saya yang terkejut masa itu terus menghubungi rakan dan pihak berkuasa," katanya.



Kehadiran orang ramai membuatkan seorang peniaga air, Abdul Jalil Setapa, 40, membuka gerainya di hadapan rumahnya.

Abdul Jalil berkata, dia ketika kejadian sedang bersiap-siap hendak berniaga di bandar namun hasratnya terbantu kerana lori perniagaannya dihalang oleh kenderaan orang ramai yang datang untuk melihat harimau terbabit.

"Saya pun teruslah buka gerai saya di sini dan Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya hari ini kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Kota Gelanggi 3, Mohd Saifulrizam Bahari, 29, pula berkata, dia dimaklumkan oleh 'anak buah'nya memberitahu berkaitan tentang harimau liar terbabit.



Katanya, dia terkejut mendapat tahu tentang kejadian terbabit kerana selama Felda Kota Gelanggi 3 dibuka, belum pernah lagi kejadian seumpama itu berlaku.

"Kalau hendak diikutkan jarak antara rumah penduduk dengan hutan agak jauh juga lebih kurang sekitar 10 kilometer. Tidak tahu bagaimana ia boleh datang ke sini.

"Saya ada dengar ada orang kata ada 'aktiviti' dalam hutan terbabit namun saya tidak pasti. Mungkin sebab itu ia datang ke kawasan ini. Namun mungkin juga ia sedang memburu makanannya sehingga tersesat ke sini," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top