pahangdaily pahangdaily Author
Title: Peneroka Mayam Desak Felda Kaji Semula "Jumlah Hutang" Mereka !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BERA:  Peneroka Felda Mayam di sini mendesak pihak pengurusan Felda mengkaji semula jumlah hutang yang terpaksa ditanggung mereka sehi...

BERA:  Peneroka Felda Mayam di sini mendesak pihak pengurusan Felda mengkaji semula jumlah hutang yang terpaksa ditanggung mereka sehingga kini kerana didakwa wujud kekeliruan dalam penyata hutang.

Ketidakpuasan hati ini disuarakan oleh segelintir peneroka yang berani tampil menuntut hak mereka, namun pada masa sama tidak menafikan kedudukan hutang-hutang itu.

Seorang peneroka, Halim Zaini, 68, berkata, semua peneroka sedar dan tahu mereka menanggung hutang, tetapi apa yang terkandung dalam penyata hutang mengelirukan, seolah-olah ada sesuatu disembunyikan Felda.

“Bukan kami menafikan kami berhutang, tapi bila keterangan dalam penyata tak jelas, kami musykil dan mahu kepastian kenapa ia dikira sedemikian.

“Sebagai contoh, dalam salah satu penyata ini, dinyatakan peneroka mempunyai jumlah hutang sebanyak RM47,200 dan mesti membayar RM410 setiap bulan dalam tempoh 180 bulan. Jika dikira, jumlah keseluruhan hutang ialah RM73,800,” katanya.

Halim berkata, terdapat banyak perbezaan jumlah hutang perlu ditanggung mereka, sedangkan mereka tidak pasti apa yang berlaku kerana tiada penjelasan diberikan oleh Felda.

Katanya, lebih mengelirukan apabila jumlah lebihan hasil turut dimasukkan dalam kategori hutang sedangkan ia sepatutnya milik peneroka.

Sementara itu, Mohamad Yatim Maamod, 67, berkata, masalah itu menjadi bebanan kepada peneroka yang masih berhutang dengan Felda selain sistem bayaran hasil dilakukan sebulan sekali sekarang ini.

“Sebelum ini, tiada masalah pun. Bayaran hasil tuai sawit pada pusingan pertama (1 hingga 15hb) dan kedua (16 hingga 31hb) diterima dalam bulan yang sama.

“Sekarang, untuk pusingan pertama, peneroka kena tunggu selewat-lewatnya 28 hari bulan baru dapat bayaran dan bayaran pusingan kedua pula akan diterima pada bulan seterusnya. Keadaan ini menyulitkan peneroka kerana masing-masing ada tanggungan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Friday, October 07, 2016 2:59:00 PM

kalau dulu peneroka felda boleh dpt hakmilik tanah (tapak rumah dan kebun) dlm 15 tahun.

skrg ini, sampai mati berhutang.

Tanah bukan lg hakmilik peneroka. dah digadai pd felda. saham pula
merudum.

apa2 pun, aku tak ada sedikit pun rasa kasihan pd mrk. mrk yg buat bencana ini pd diri mrk sendiri.

PADAN MUKA. teruskan undilah bn.

sebab kamu semualah aku kena tanggung hutang pendidikan anak2 aku di universiti.

kalau korg undi pakatan rakyat dulu, pendidikan dah jadi percuma.

 
Top