pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pengerusi PKR Pahang Mendakwa Tawar Kerusi YAB Hanya Gurauan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman menadikan dakwaan beliau ada menawarkan Presiden A...

KUANTAN: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman menadikan dakwaan beliau ada menawarkan Presiden Amanah, jadi  YAB seperto yang didakwa. 

Isu ini menjadi panas apabila ada video yang divarilkan di media sosial milik Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman sejak kelmarin.  ucapan Fauzi ketika hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam, Sambutan Setahun Amanah Pahang di sebuah hotel di siini baru-baru ini. 

"Kami di peringkat Negeri telah mengadakan 2 kali bermesyuarat, saya ada cara nak bagi Presiden Amanah jadi YAB. Tapi tengoklah kalau dia setuju atau tak setuju. Kita tengoklah. InsyaAllah saya rasa boleh dilaksanakan." kata kenyataan Fauzi pada majlis itu.



Susulan itu Fauzi diserang bertalu-talu oleh penyokong PAS yang marah dengan kenyataan beliau itu. Sementara itu, Fauzi dalam kenyataan balas mendakwa ucapan yang dibuatnya itu hanyalah gurauan semata. "Itu kenyataan gurauan...saya suruh dia bertanding Pekan... siapa menang Pekan itu kerusi PM !!! Saya sedih dgn sikap sdr. Sila tanya YB Andan hati kecil saya....", kata kenyataan Fauzi.



Perbalahan yang berlaku ini sudah pasti akan mengeruhkan hubungan PKR dan PAS di negeri Pahang sebenarnya. Ramai penyokong PAS tidak puas hati dengan tindakan pimpinan PKR Pahang yang sering bersama-sama dalam program Amanah sedangkan dalam masa yang sama mendakwa hubungan dengan PAS masih seperti biasa. 

Jika situasi ini gagal diselesaikan, maka kemungkinan besar kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota bakal menghadapi laluan sengit pada PRU14 ini nanti. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

mfi usj said... Wednesday, October 05, 2016 1:12:00 AM

Pas ni perasan lebih.....cakap nak lawan ameno, tapi perangai macam ameno.....porah, jalan dah PIGS........

 
Top