Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin Umumkan "Keluar Parti" Itu !


KOTA KINABALU: Pakatan Harapan Sabah menerima tamparan hebat apabila Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin dan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong mengumumkan keluar parti pada Ahad.
Lajim berkata pengunduran tersebut berkuat kuasa serta-merta dengan lebih ramai pemimpin dijangka mengikut jejak langkah mereka dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian di Hotel YAHO, Sembulan dekat sini dengan kehadiran sekumpulan penyokongnya.
Turut meninggalkan PKR adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog, Terrence Siambun.
Lajim dan sekumpulan besar penyokong PKR dijangka menyertai sebuah parti baharu.
Ada di antara mereka dikatakan akan menyertai parti yang belum dinamakan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Naib Presiden PKR, Derrel Leiking.
Masih belum dapat dipastikan siapa pemimpin lain yang akan menyertai mereka. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]