pahangdaily pahangdaily Author
Title: Permohonan Qazaf Anwar Ibrahim Terhadap Shafee Abdullah Di Tolak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan prosiding qazaf terhadap Tan Sri Mu...
KUALA LUMPUR: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan prosiding qazaf terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditolak Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.
Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar mengambil keputusan itu dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa kerana perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf, sebagaimana dilaporkan Bernama.
Pada 26 Jun tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan aduan qazaf di bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR.
Aduan qazaf itu dibuat berikutan tindakan Shafee menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan undang-undang.
Hakim ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu berkata, terdapat perbezaan pendapat sama ada kesalahan meliwat boleh dimasukkan bawah kategori zina atau sebaliknya.
Beliau berkata badan perundangan Selangor memasukkan kesalahan qazaf di dalam Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, namun perkataan “zina” yang disebut di dalam peruntukan itu (Seksyen 36) ditafsirkan sebagai persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah sahaja tanpa memasukkan perbuatan liwat di dalamnya.
Mahkamah berpendapat ketiadaan perbuatan liwat dimasukkan ke dalam tafsiran zina adalah disebabkan pemilihan satu pendapat di antara beberapa pandangan tersebut.
Pandangan yang diambil oleh penggubal dalam membina tafsiran zina adalah berdasarkan pandangan Imam Abu Hanifah yang menyatakan perbuatan liwat bukanlah qazaf bahkan ia kesalahan takzir dengan alasan kedua-dua adalah perbuatan yang berbeza.
Ini jelasnya, penggubal undang-undang sememangnya tidak membuat sebarang kesilapan apabila membuat tafsiran sedemikian walaupun bukan berdasarkan pandangan Mazhab Syafie sebagai dipegang pihak pengadu.
Hakim berkata, walaupun aduan pengadu disokong beberapa bukti dokumen dan saksi, namun pengadu gagal memenuhi elemen membabitkan bidang kuasa mahkamah tetapi gagal memenuhi elemen lain yang ditetapkan undang-undang.
Fouzi kemudian menolak aduan Anwar itu berdasarkan Seksyen 76 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top