pahangdaily pahangdaily Author
Title: P.Kamalanathan: Insiden Gunting Tertusuk Kening Pelajar Di Siasat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata kanan seorang pelajar Tahun Enam...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata kanan seorang pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Khir Johari di Sabak Bernam, Selangor ditusuk sebilah gunting.
Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai insiden yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor itu kerana pihak kementerian baru menerima laporan mengenainya.
Beliau mengulas mengenai kejadian yang berlaku kepada Asraf Saiefuddin Nuri Shamsuddin, 12, yang menahan kesakitan lebih satu jam selepas sebilang gunting tertusuk di kening mata kanannya.
Menurut laporan media, kejadian berlaku pada waktu tengah hari Rabu, semasa pelajar itu sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah berkenaan bersama rakan sekelas yang lain.
Mangsa dilaporkan sedang memegang gunting ketika itu bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja sebelum dirinya terjatuh sehingga menyebabkan gunting berkenaan tertusuk keningnya.
Sehubungan itu, beliau berkata guru dinasihati agar tidak menviralkan (menyebarkan) gambar-gambar atau maklumat yang sensitif di laman sosial pada masa depan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top