pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Pahang Mempergiatkan Lagi Usaha Banteras Kegiatan Ah Long
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Polis Pahang melaksanakan 'Op Vulture' dalam usaha membanteras aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau '...

KUANTAN: Polis Pahang melaksanakan 'Op Vulture' dalam usaha membanteras aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' untuk memastikan orang ramai tidak berterusan menjadi mangsa kegiatan itu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata menerusi operasi itu polis akan melakukan pemeriksaan terhadap pemberi pinjaman wang berlesen di negeri ini.
Beliau berkata ia memastikan pihak terbabit menggunakan lesen yang sah dan kadar faedah dikenakan mematuhi peraturan iaitu 12 hingga 18 peratus setahun.
"Selain itu, melalui operasi ini juga kita bersama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menurunkan banner yang mengiklankan pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang membantu menjalankan aktiviti Ah Long," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menurunkan iklan pemberi pinjaman wang tanpa lesen menerui operasi itu, bersama MPK di beberapa kawasan sekitar Kuantan, hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top