pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rakyat Kena Bersedia, Tahun 2017 Kerajaan Kutip "RM40 Bilion" Lagi
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Wang dibelanjakan untuk keluarga masing-masing daripada setiap sen pendapatan d...

KUALA LUMPUR: Wang dibelanjakan untuk keluarga masing-masing daripada setiap sen pendapatan diperolehi setiap individu dijangka terus berkurangan apabila Kerajaan Persekutuan bakal mengutip sebanyak RM40 bilion lagi pada 2017.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata hal ini berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalihkan bebanan hutang negara kepada rakyat.
Katanya Kerajaan Persekutuan semestinya menyelesaikan masalah teras seperti rasuah, ketirisan dan pembaziran berleluasa dalam pentadbirannya.
“Kerana itulah pada saya kita seolah-olah tidak menghiraukan gajah di depan mata, maka kita akan menyaksikan tahun-tahun mendatang ini tahun amat sukar buat Malaysia.
“Menjelang 2017 rakyat harus bersedia kerana RM40 bilion lagi akan dikutip Kerajaan BN,” kata Nurul Izzah kepada SelangorKini.
Beliau berkata demikian di Lobi Dewan Rakyat sejurus beliau dan Ahli Parlimen Pembangkang lain meninggalkan Dewan Rakyat sebagai tanda protes kegagalan Najib merangka jalan penyelesaian isu rasuah.
Jelasnya, RM40 bilion itu bakal dikutip daripada rakyat dengan pelbagai mekanisme antara yang utama adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan sejak 2015 lalu.
Katanya, Najib juga gagal memfokuskan isu kesenjangan pendapatan rakyat apabila keadaan ini menyebabkan pengagihan kek ekonomi berlegar di kalangan golongan tertentu sahaja. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top